1970-1979 Garis masa virus komputer dan cecacing yang terkenal

Awal 1970-an

  • Virus Creeper di kesan pada ARPANET menjangkiti sistem operasi Tenex. Creeper mencapai capaian bebas melalui modem dan menyalin dirinya pada system asing di mana perutusan , 'I'M THE CREEPER : CATCH ME IF YOU CAN.' dipaparkan. Aurcara Reaper, dirinya sendir merupakan virus, dicipta bagi memadamkan Creeper. Pencipta kedua aturcara tidak diketahui.

1974

  • Virus Rabbit muncul dan menjangkiti komputer lain melalui penggandaan. Dinamakan sempena kepantasan ia menyesakkan system komputer dengan salinannya, merosotkan prestasi system, sebelum mencapai ambang dan terhempas.

1975

  • Pervading Animal, permainan yang ditulis bagi UNIVAC 1108, direka bagi bertanya beberapa soalan sebagai usaha meneka jenis haiwan yang difikirkan pengguna. Ia kemudiannya cuba menyalin dirinya kepada kesemua fail aturcara yang boleh ditulis, kemudian menanda fail tersebut dengan masa cipta tidak sah agar ia dapat membezakan antara fail ciptaan aturcara dan pengguna. Bagaimanapun, ia masih diipertikaikan samaada Pervading Animal mewakili Trojan pertama atau permainan komputer dengan pepijat yang tidak disengajakan.